BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 10, 2011

Percutian yang tidak dirancang

Assalamualaikum
Hey guys! Arini ingat nak cite sikit je. Haritu,balik kampung sebab atok sakit masuk hospital. Terpaksa amek cuti hari jumaat tu sebab nak balik kampung pagi tu. Tapi.... Abah tak jemput kitorang pagi tu. Dah terpacak matahari atas kepala baru dengar deruan enjin kat luar. Nasib baik dah siap tinggal nak angkat beg masuk but. What a waste! Kan dh miss p/p. Tpi,takpe.... amal kan ada. Dia pandai,boleh ajar zira. Haha! 

Tk snap pon gamba sebelum berangkat sebabnya tak da mood. Ok,dah sampai kampung,salam atok,nenek,makcik,pakcik,saudara,saudari and semua yang ada masa tu. Sampai kucing depan pintu pon zira bagi salam.<--- yang ni tipu! Masa tu zira pakai shwal. Semua tegur. Macam zira sorang lah kat dunia yang pakai shawl. Dorang kata "Wah,anak dara betul ni!" Amboi,selama ni pakai bawal tak nampak anak dara ke? 

Dah malam tu,moksu comot pon sampai. Chit chat sampai tak sedar dia dah masuk dapur. Tambah2,zira tengah mencekik durian time tu. Tetiba datang sore dari belakang "Makan tak ajak ea?" Aww..moksu dah sampai.Then,makanlah durian sesame. Patu,pasang telinga orang tua bercakap. Ala,tak banyak sikit je. Hik3! Dengar2 dorang nak kena pergi kursus haji besok. Moksu pon wat umrah taun ni ikut atok and nenek.Kursus tu start kul 8 pagi.Moksu zira pikir2 balik. Dia kata "Mana sempat dari sini ke sana kul lapan nak terpacak depan dewan tu,bah." Moksu pon call Pak din (uncle zira,abg moksu) suruh carikan tempat kat melaka. 

Zira memang tak da mood betul sabtu ahad tu. Entah la kenapa dengan aku ni? Dorang plan nak holiday pon zira anguk2 tanda mengiyakan apa yang dorang discuss tadi. Padahal,sepatah pon tak masuk kepala. Packing2 barang,make-up2 (bedak je!), start enjin,pecut! Sampai kat satu hotel ni. Yela,dah nama pon tak dirancang dapatlah tempat2 yang sangat asing. Hotel tu tak pernah dengar namanya. Tapi masuk boleh tahan la. Bilik cantik tapi sempit. Cuba bayangkan muat ke 4 family untuk 2 bilik yang "besar"  kata dak yang kaunter tu. Ingatkan besar lah sangat sebab cara dia cakap cam confident je. Tengok2,takdelah besar mana bang oii. Taleh jadi ni. Kena carik hotel lain. Riak muka abah zira menunujukkan kata hati seperti itu. Tapi dia tak pulak cakap. Maka,mesyuarat agong pon bermula. Zira memula join lah patu mintak diri kuar dari sesi perbincangan tersebut. 

Dah lama tu,dapat gak lah tempat untuk bermalam. U know where is it? Here!!


Taara! Ini dia A'famosa resort! Tak nampak pon cam A'famosa? Ntah tang mana yang jd symbol dia pon zira tak tau. Pakai copy paste dari moksu punya album je nih. Dh kata nak update lelaju kan? Ala,tak da apa yang menarik malam tu. Ynag menarik hanyalah katil dan bantal. Bila zira dah jumpa kedua-dua nya, zira masuk dreamland. Tu je la yang zira ingat. Teruk,bukan? 

Awal2 pagi tu,nenek,atok and moksu dah redi nak gi tempat kursus uh. Zira baru keluar dari dreamland. Well,pagi juga sama macam malam. Rasa nak tidur je. Bosan! siryes bosan! Tak tau nak buat apa. Nak kuar jenjalan tak tau nak gi mana. So,duk kat bilik je la. Disebabkan takde apa yang menarik... kita skip jela cite otw nak balik.

Nak balik dah time tu. Thats mean kena salam semua. What's funny is dah nak salm dah ni patu tetibe sorang ajk mesyuarat agung member opinionnya.."Apa kat kita gi makan kat kedai makn yang bawah pokok tu?" Semua pandang,and berbalas pandangan. Zira berbalas pandang dengan Cik Mut je time. Sebab tak tahan la nak mendongak. Pnas. Dorang lak pegi discuss kat bawah matahari yang panas terik tu. 

Setibanya di kedai makan itu......

Sesi photoshoot pon bermula.... Let the pictures tells you the story!


Sekarang cuba cakap dengan zira? Besar tak portion dia? Sensorang memang sampai besok tak habes.



Sebelum makn nasik tadi,kami makan aiskrim dulu. Tak tahanla,dah lapar sangat ni. Ziera bau Aiskrim je. Tak makn pon. Sebab bila bukak je plastik aiskrim tu,seolah2 ada perkataan "unavailable". Muka hampa tapi terpaksa senyum masa nak snap pic ni. Dak Alya ni suke la tu tunjuk2 aiskrim depan aku?


Yela,kak.. Kau tak nak pon pandang kamera fon cabuk aku ni..Huhu. (Apsal emo semacam ni?)


Di mana Ayin, di situ jualah elly berada. Tk boleh berpisah. Macam kembar siam cuma tak nampak tang mana yang melekat tu. Dorang ni pon sama. Saja la tu nak tunjuk2 aiskrim depan aku!



Muka happy! Yang ni natural punya tak buat2 pon. Keceriaan yang terpancar di wajahku itu memang asli. Wow, seronoknya! pasni tinggal sambar je makanan depan mata tu. 


Oh ya! sebelum nak cite abah ada belanja ole2 untuk kitorang empat beradik.



Haha! Mcam budak kecik je dak kecik je nak menda 'toing2' kat pensel. Zira tak tau nama dia apa. Pnggil je 'Toing2'. Btw,sapa punya paling comel? Ngeehe...


My melody! Tetibe teringat kat dia. So,selit la gambar dia kat entry ni. Ok,that's all. Tu je kot yang dicerita pada kali ni. Next time,zira update lg!



Thank you for reading this entry!















Friday, July 8, 2011

Ulat novel

Assalamualaikum.
Hai korang! How are you? I hope u guys just fine. Okay,jujur zira rindu sgt kat blog. Tpi bila nak update mesti ada je halangan. Tu lah kan, bila kita sayang someone/something tu mesti ada je halangan nak berbahagia dengan dia. Huhu. Macam ziera ngan blog ni la. Tapi zira masih larat lagi nak jaga awak,wahai blog. Teehee.

Entry kali ni nak cakap pasal novel. Korang suka baca novel tak? Zira baru nak bermanja-manja ngan novel ni. Ingatkan dulu baca novel bosan sebab takut tengok buku tetebal ni. Yela,sama macam buku2 teks sekolah. Buku teks sekolah tade la tebal sangat tapi rasa payah je nak baca semua. Zira biasanya tak pernah baca sampai habis buku teks. Kalau perlu,baru bukak. Teruk betol aku ni. Kena berubah ni. (Eh,aku rasa macam dah melalut tah ke mana ni?) Ok,tah pape la zira ni. Tadi kata nak cerita pasal novel, ni cerita psal buku teks lak kan. Berbalik pada novel,novel pertama zira pernah baca dan hayati dengan penuh perasaan berjudul "Dunia jam 10". Best gak la. Dia banyak kasi nasihat. Novel ni keluaran PTS. Nati try la baca. Hee.



Ni cover depan dia. Cite dye ... aduh,tak menang tangan la kalau nak cite kat sini. Kenalah baca baru la tau. Hehe.

Biasanya kalau keluaran PTS ni zira tertarik dgn cover depan dia kot. Nmpak comel dan menarik. Content dia banyak mengandungi nasihat. Jalan cerita just ok. Tade la gempak. Tapi nak kata bossan tu memang takleh sebab tak bosan! Hahaha.


Ok, novel kedua pulak berjudul 'Ombak rindu". Awww.. extremely best i told you. Tak caya? Try la baca. Nati mesti nak baca lagi walaupon novel uh tebal. Zira pon heran ngan diri sendiri. Mula2 baca pon rasa nak habiskan terus hari tu gak. Best gila!! Ziera yang malas membaca ni pon jadi 'rajin' membaca. Heleh,baca kemain lagi kau an? Cube try baca buku2 ilmiah sampai 3-4 pagi? Kau yang buat buku kan. Buku peta lak tu. Kau 'lukis' satu bumi kat atas buku kau tu. Cantu la zira. Kena berubah lah zira ni. Pemalas memang tanak kalah. Zira selitkan sikit sinopsis dia kat bawah ni.


Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Copy & paste je tu. Sebab tu tulisan jadi kaler oren. Baca sinopsis pon rasa dah gempak. Novel ni kawan ziera yang promote. Pernah kenal tak kawan ziera, Nasha Emieza? Rasanya ziera pernha kenalkan kat korang. Dia ni memeng gila novel. Semua novel yang dia cerita,dia cerita kan balik kat ziera. Dia kata novel ni paling best dalam bebanyak novel yang dia pernah baca. Seperti biasa, zira yang memenag tak suka membaca ni akan cakap, " yeke best ni? kalau zira baca tak best cane?" . Yela,dengar tajuk pon cam jiwang habis. Ziera tak minat jiwang. Smpai la satu hari tu zira nampak kawan ziera baca novel. Tengok lah novel apa. Rupanya 'Ombak Rindu'. Entah nape tetiba lak nak baca. Patu pinjam lah dia punya. Sekarang ni ziera lom abes baca lagi. Haish,kepoh je kau ni. Novel pon lom abis baca nak promote kat orang. Cakap cam dah khatam lak novel tu. Kalau tak silap ziera, novel ni kuar tahun 2002 kot. Yeke? Eh,entahla. Pedulik apa. Janji best!


Ni dia cover depannye. Ziera nak tanya ni. kalu korang perhatikan bebetul, siapa lah kornag rasa hero and heroin yang sweet tu? Ada nampak cam iras2 artis kita tak? Cube tengok bebetul. Zoom dekat2. Nati mesti tau. Toksah la berteka-teki. Bagi ziera, hero-heroin tu macam Aaron Aziz and Maya Karin. Memang pon! 

Ombak rindu nak diadaptasi kepada filem. Eksaited gila! Nak tengok nak tengok nak tengok.(wat muka geik+annoying) Can't wait la. Tengok trailer pon rasa best. Tapi lam filem Izzah pakai tudung. Kat novel Izzah free-hair je. Director nak wat kelainan sikit kot. Comel gak Maya Karin pakai tudung. Sweet je nampak. Bila la nak kuar kat pawagam? Trailer dah ada. Movie je tak release lagi. Aku setia menanti. Harap gempak seperti yang dicerita dalam novel. hik3!

p/s : Orang nak test baca buku ilmiah. Ziera nak test baca novel. Memang 'bagus' sangat lah     kan? 

Thanks for reading this entry!