BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 9, 2011

Belajar loghat Nogoghi 9 bersama Farhana

Assalamualaikum
Hari tu aku balik sekolah tumpang ayah Farhana. OTW balik tu, jumpa satu bangunan kilang DENSO. Ya know,bangi kan banyak kilang-kilang ni semua. Time tu pulak traffic light tengah lampu merah. Kitorang berhenti betul-betul sebelah bangunan tu. Si ayah fana (Farhana) ni pandang bangunan tu lama la gak. Aku perasan pon sebab aku dok kat belakang seat ayah dia. Then,tiba-tiba dia senyum. Pelik bercampur hairan aku time tu, aku tengok signboard 'DENSO' tu takdelah pulak yang salahnya. 

Semua pelik. Farhana pandang ayah dia kemain berkerut dahi dia. Ayah dia pon cakaplah camni lepas semua dah berkerut dahi tengok dia. Agaknya dia takut kitorang punya kening bercantum kot.
Ayah Fana : Kak(fana) ,nak tau tak orang jepun ni dia banyak pinjam bahasa kita.

*Malangnya, ayah dia menambahkan lagi kekerutan di dahi ini bila dengar dia cakap cantu.

Fana : Haa? Apsal pulak?
Ayah fana: Yela, akak tak perasan ke perkataan DENSO tu? 
                  DEN-  Kata Ganti Diri Pertama bagi Nisimlan(N9)
                  SO- selalunya orang nisimlan cakap mesti ada 'O' kat belakang dia.

Fana, aku, mak fana : Ooohhhh.. :D

Funny kan ayah dia ni? Ada je idea dia nak wat lawak. I wonder mesti hari-hari family dorang gelak terbahak-bahak,terkekek-kekek,. . .(apa lagi?) Ayah aku pendiam. Lawak dia kadang-kadang je terpancul. Mama aku best! Dia suka buat lawak spontan haha. Mama aku tak pendiam macam ayah aku. Eh,kenapa selalu macam tu eh? Kalau laki dia pendiam, mesti bini dia ni banyak cakap dan begitulah sebaliknya. Tapi jarang pulak aku jumpa laki banyak cakap. Ish,entahlah...

Since that incident, aku try la nak cakap loghat Nisimlan. Aku mintak Fana ajarkan. Dye pon okey je, aku pon lagilah okey.

Aku : Fana, loghat Nismlan ni banyak tukar vokal 'O' je kan?
Fana : Hm,betul lah tu. Asal?

Aku : Takde apa, saje nak try loghat Nisimlan ni. So. kalau bosan convert kepada loghat Nisimlan jadi  boson lah kan? Betol tak? (Hati suka hati girang sebab fikir dah betul walaupon rasa pelik tu ada dalam 0.01 % je)

Fana : Hahahahahahahaha. Bukanlah. Dia tak semestinya kena tukar 'O' kat sume vokal. Adoi..

Aku : Oh yeke?? (blushing)
 
Inilah dia budak yang bajet tahu. Pakai bedal je aku ni kan. Sekarang ni aku dah tak berani sangat nak cakap loghat Nisimlan depan org Nisimlan ni. Tak pepasal dorang gelakkan aku lagi. Huu..

Thank you for reading this entry!
 







Friday, November 4, 2011

The Smurfs is Adorable!!!

Assalamualaikum

Hey,babe! It's been long time I don't post any entry. Maafkan aku kerana tidak mampu membahagikan masa dengan baik. Actually,aku ada exam tu sebab dah lama gila aku tak update. Tapi, nak kata study hard tak jugak sebab masih ada rasa susah bila jawab soklan. Oh my,aku mesti berubah!! (Eh,apa perenggan pertama macam takde point ni?)

Hari tu aku try tengok cerita The Smurfs. Actually,aku tak expect pon nak tengok sampai habis. "Yela, The Smurfs tak cute macam HK." It's my random opinion. Aku ni main cakap je padahal ceritanya belum lagi tengok sampai habis. Makin lama aku tengok, makin comel lak The Smurfs ni. Pastu, aku rasa malas dah nak tengok tapi entah kenapa berat pulak kaki ni nak tinggalkan TV. Seolah-olah The Smurfs ni berjaya menawan aku supaya aku tidak bergerak ke mana-mana sampai la habis cerita. Sampai aku nak ke tandas pon aku sanggup tahan.

Overall, cerita The Smurfs tu biasa-biasa je. Jalan cerita dia lebih kurang macam cerita Enchanted kot. Smurfs tersebut termasuk dalam dunia masuk dek kerana ingin menyelamatkan diri dari ancaman Gargamel. Aduh, Gargamel tu siapa lak? Ending dia cane?  Sudah, banyak lak soklan kan. Apa kata korang tengok sendiri barulah best. Kalau dah tahu ending dia, rasa tak gempak la tengok. 

These adorable-blue-species-animal really caught my attention.


Meet me,Clumsy!
Aku suka watak ni. Dia lah paling clumsy and tersangat comel.


Comel sungguh mereka ni, bukan? Korang takkan nampak kecomelan mereka kalau hanya pandang sepintas lalu. Tapi,bagi yang nampak tu Tahniah diucapkan. Aku ni kesian, kan? Kena tenung lama-lama baru nampak kecomelan mereka yang sebenarnya kemain terserlah lagi tu....



p/s: Of course i still love HK. Hello Kitty is my companion, The Smurfs is my pet.

Thank you for reading is entry!