Assalamualaikum.
Hai korang! How are you? I hope u guys just fine. Okay,jujur zira rindu sgt kat blog. Tpi bila nak update mesti ada je halangan. Tu lah kan, bila kita sayang someone/something tu mesti ada je halangan nak berbahagia dengan dia. Huhu. Macam ziera ngan blog ni la. Tapi zira masih larat lagi nak jaga awak,wahai blog. Teehee.
Entry kali ni nak cakap pasal novel. Korang suka baca novel tak? Zira baru nak bermanja-manja ngan novel ni. Ingatkan dulu baca novel bosan sebab takut tengok buku tetebal ni. Yela,sama macam buku2 teks sekolah. Buku teks sekolah tade la tebal sangat tapi rasa payah je nak baca semua. Zira biasanya tak pernah baca sampai habis buku teks. Kalau perlu,baru bukak. Teruk betol aku ni. Kena berubah ni. (Eh,aku rasa macam dah melalut tah ke mana ni?) Ok,tah pape la zira ni. Tadi kata nak cerita pasal novel, ni cerita psal buku teks lak kan. Berbalik pada novel,novel pertama zira pernah baca dan hayati dengan penuh perasaan berjudul "Dunia jam 10". Best gak la. Dia banyak kasi nasihat. Novel ni keluaran PTS. Nati try la baca. Hee.
Ni cover depan dia. Cite dye ... aduh,tak menang tangan la kalau nak cite kat sini. Kenalah baca baru la tau. Hehe.
Biasanya kalau keluaran PTS ni zira tertarik dgn cover depan dia kot. Nmpak comel dan menarik. Content dia banyak mengandungi nasihat. Jalan cerita just ok. Tade la gempak. Tapi nak kata bossan tu memang takleh sebab tak bosan! Hahaha.
Ok, novel kedua pulak berjudul 'Ombak rindu". Awww.. extremely best i told you. Tak caya? Try la baca. Nati mesti nak baca lagi walaupon novel uh tebal. Zira pon heran ngan diri sendiri. Mula2 baca pon rasa nak habiskan terus hari tu gak. Best gila!! Ziera yang malas membaca ni pon jadi 'rajin' membaca. Heleh,baca kemain lagi kau an? Cube try baca buku2 ilmiah sampai 3-4 pagi? Kau yang buat buku kan. Buku peta lak tu. Kau 'lukis' satu bumi kat atas buku kau tu. Cantu la zira. Kena berubah lah zira ni. Pemalas memang tanak kalah. Zira selitkan sikit sinopsis dia kat bawah ni.
Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Copy & paste je tu. Sebab tu tulisan jadi kaler oren. Baca sinopsis pon rasa dah gempak. Novel ni kawan ziera yang promote. Pernah kenal tak kawan ziera, Nasha Emieza? Rasanya ziera pernha kenalkan kat korang. Dia ni memeng gila novel. Semua novel yang dia cerita,dia cerita kan balik kat ziera. Dia kata novel ni paling best dalam bebanyak novel yang dia pernah baca. Seperti biasa, zira yang memenag tak suka membaca ni akan cakap, " yeke best ni? kalau zira baca tak best cane?" . Yela,dengar tajuk pon cam jiwang habis. Ziera tak minat jiwang. Smpai la satu hari tu zira nampak kawan ziera baca novel. Tengok lah novel apa. Rupanya 'Ombak Rindu'. Entah nape tetiba lak nak baca. Patu pinjam lah dia punya. Sekarang ni ziera lom abes baca lagi. Haish,kepoh je kau ni. Novel pon lom abis baca nak promote kat orang. Cakap cam dah khatam lak novel tu. Kalau tak silap ziera, novel ni kuar tahun 2002 kot. Yeke? Eh,entahla. Pedulik apa. Janji best!
Ni dia cover depannye. Ziera nak tanya ni. kalu korang perhatikan bebetul, siapa lah kornag rasa hero and heroin yang sweet tu? Ada nampak cam iras2 artis kita tak? Cube tengok bebetul. Zoom dekat2. Nati mesti tau. Toksah la berteka-teki. Bagi ziera, hero-heroin tu macam Aaron Aziz and Maya Karin. Memang pon!
Ombak rindu nak diadaptasi kepada filem. Eksaited gila! Nak tengok nak tengok nak tengok.(wat muka geik+annoying) Can't wait la. Tengok trailer pon rasa best. Tapi lam filem Izzah pakai tudung. Kat novel Izzah free-hair je. Director nak wat kelainan sikit kot. Comel gak Maya Karin pakai tudung. Sweet je nampak. Bila la nak kuar kat pawagam? Trailer dah ada. Movie je tak release lagi. Aku setia menanti. Harap gempak seperti yang dicerita dalam novel. hik3!
p/s : Orang nak test baca buku ilmiah. Ziera nak test baca novel. Memang 'bagus' sangat lah kan?
Thanks for reading this entry!
0 believe a miracle:
Post a Comment