BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 11, 2011

I miss you,my baby Zylo

Assalamualaikum
Sunyi kan rasanya bila takda fon? Aku bukan maksudkan telefon rumah yang mempunyai bayak wayar itu. Yang aku maksudkan telefon mudah alih. Dulu,aku takda fon tau walaupun hampir semua kawan aku ada. Aku takda lah rasa sebegitu bosan, sunyi seperti yang aku cakap tadi. Keadaan sangat berbeza bila kau dah ada fon pastu hilang/rosak dengan takda fon langsung. (Aku dapat rasakan point aku belum sampai) I just wanna tell you that My baby Zylo cannot longer be used!!

Okey,ceritanya begini. . .
Aku memang suka berkepit dengan fon aku 24 jam. Means, my baby Zylo selalu berada di tangan. Kalau duduk pon,dia akan berada di riba aku. Yela,dia kan baby kenalah duduk di riba mamanya haha. Tibalah pada suatu hari yang aku ingat hinggalah ke hari ini, time nak balik kampung aku tunggu semua orang masuk dalam kereta. And yes, sekarang my baby Zylo ada di atas ribaku pada masa itu.Entah apa angin abah aku time tu dia suruh aku kunci gate. Can you imagine? Bila korang dah tak biasa dengan benda tu and dlam keadaan yang agak rushing jugak lah kan, semua benda pun boleh lupa. Aku lupa yang my baby Zylo masih di riba aku. Aku dengan tangkasnya pergi menguci gate tanpa sedari kewujudan baby zylo di riba aku sekarang. Papp! Bunyi dia jatuh. I was like....  OH NO!!! I checked out his condition, i found many scracthes!


Huhuhuhu.. i cried like a baby.

In case if you wondering how cute my baby Zylo was, here is his picture

but mine was maroon.

Walaupon zaman sekarang ini kemain canggih dengan smartphone bagai tapi aku tetap sayangkan baby Zylo. Harga repair nak dekat sama denagn harga fon baru. Aku dalam dilema samada mahu tukar dengan yang baru atau repair sahaja. Ikut hati,memang nak repair je tapi according to my mom, she prefer me to buy a new one. Hmm??

Thank you for reading this entry!




Wednesday, November 9, 2011

Belajar loghat Nogoghi 9 bersama Farhana

Assalamualaikum
Hari tu aku balik sekolah tumpang ayah Farhana. OTW balik tu, jumpa satu bangunan kilang DENSO. Ya know,bangi kan banyak kilang-kilang ni semua. Time tu pulak traffic light tengah lampu merah. Kitorang berhenti betul-betul sebelah bangunan tu. Si ayah fana (Farhana) ni pandang bangunan tu lama la gak. Aku perasan pon sebab aku dok kat belakang seat ayah dia. Then,tiba-tiba dia senyum. Pelik bercampur hairan aku time tu, aku tengok signboard 'DENSO' tu takdelah pulak yang salahnya. 

Semua pelik. Farhana pandang ayah dia kemain berkerut dahi dia. Ayah dia pon cakaplah camni lepas semua dah berkerut dahi tengok dia. Agaknya dia takut kitorang punya kening bercantum kot.
Ayah Fana : Kak(fana) ,nak tau tak orang jepun ni dia banyak pinjam bahasa kita.

*Malangnya, ayah dia menambahkan lagi kekerutan di dahi ini bila dengar dia cakap cantu.

Fana : Haa? Apsal pulak?
Ayah fana: Yela, akak tak perasan ke perkataan DENSO tu? 
                  DEN-  Kata Ganti Diri Pertama bagi Nisimlan(N9)
                  SO- selalunya orang nisimlan cakap mesti ada 'O' kat belakang dia.

Fana, aku, mak fana : Ooohhhh.. :D

Funny kan ayah dia ni? Ada je idea dia nak wat lawak. I wonder mesti hari-hari family dorang gelak terbahak-bahak,terkekek-kekek,. . .(apa lagi?) Ayah aku pendiam. Lawak dia kadang-kadang je terpancul. Mama aku best! Dia suka buat lawak spontan haha. Mama aku tak pendiam macam ayah aku. Eh,kenapa selalu macam tu eh? Kalau laki dia pendiam, mesti bini dia ni banyak cakap dan begitulah sebaliknya. Tapi jarang pulak aku jumpa laki banyak cakap. Ish,entahlah...

Since that incident, aku try la nak cakap loghat Nisimlan. Aku mintak Fana ajarkan. Dye pon okey je, aku pon lagilah okey.

Aku : Fana, loghat Nismlan ni banyak tukar vokal 'O' je kan?
Fana : Hm,betul lah tu. Asal?

Aku : Takde apa, saje nak try loghat Nisimlan ni. So. kalau bosan convert kepada loghat Nisimlan jadi  boson lah kan? Betol tak? (Hati suka hati girang sebab fikir dah betul walaupon rasa pelik tu ada dalam 0.01 % je)

Fana : Hahahahahahahaha. Bukanlah. Dia tak semestinya kena tukar 'O' kat sume vokal. Adoi..

Aku : Oh yeke?? (blushing)
 
Inilah dia budak yang bajet tahu. Pakai bedal je aku ni kan. Sekarang ni aku dah tak berani sangat nak cakap loghat Nisimlan depan org Nisimlan ni. Tak pepasal dorang gelakkan aku lagi. Huu..

Thank you for reading this entry!
 







Friday, November 4, 2011

The Smurfs is Adorable!!!

Assalamualaikum

Hey,babe! It's been long time I don't post any entry. Maafkan aku kerana tidak mampu membahagikan masa dengan baik. Actually,aku ada exam tu sebab dah lama gila aku tak update. Tapi, nak kata study hard tak jugak sebab masih ada rasa susah bila jawab soklan. Oh my,aku mesti berubah!! (Eh,apa perenggan pertama macam takde point ni?)

Hari tu aku try tengok cerita The Smurfs. Actually,aku tak expect pon nak tengok sampai habis. "Yela, The Smurfs tak cute macam HK." It's my random opinion. Aku ni main cakap je padahal ceritanya belum lagi tengok sampai habis. Makin lama aku tengok, makin comel lak The Smurfs ni. Pastu, aku rasa malas dah nak tengok tapi entah kenapa berat pulak kaki ni nak tinggalkan TV. Seolah-olah The Smurfs ni berjaya menawan aku supaya aku tidak bergerak ke mana-mana sampai la habis cerita. Sampai aku nak ke tandas pon aku sanggup tahan.

Overall, cerita The Smurfs tu biasa-biasa je. Jalan cerita dia lebih kurang macam cerita Enchanted kot. Smurfs tersebut termasuk dalam dunia masuk dek kerana ingin menyelamatkan diri dari ancaman Gargamel. Aduh, Gargamel tu siapa lak? Ending dia cane?  Sudah, banyak lak soklan kan. Apa kata korang tengok sendiri barulah best. Kalau dah tahu ending dia, rasa tak gempak la tengok. 

These adorable-blue-species-animal really caught my attention.


Meet me,Clumsy!
Aku suka watak ni. Dia lah paling clumsy and tersangat comel.


Comel sungguh mereka ni, bukan? Korang takkan nampak kecomelan mereka kalau hanya pandang sepintas lalu. Tapi,bagi yang nampak tu Tahniah diucapkan. Aku ni kesian, kan? Kena tenung lama-lama baru nampak kecomelan mereka yang sebenarnya kemain terserlah lagi tu....



p/s: Of course i still love HK. Hello Kitty is my companion, The Smurfs is my pet.

Thank you for reading is entry!



Thursday, October 6, 2011

Pendek pon comel apa?

Assalamualaikum
Pernah terfikir tak statement yang aku buat ni? Korang rasa pendek tu comel tak? Bagi aku,pendek tu comel. Ada orang dia tak suka dengan ketinggian dia. katanya "saya nak tinggi" This ever happens to me. Kadang2 tu berdiri depan cermin,belek-belek diri setiap hari mengharapkan ketinggian bertambah. Tapi.emang idak lah kan. Apa kau ingat tiap2 hari tinggi kau bertambah? Aku pon tak sure ngan statement mengarut aku ni. Tapi,bila fikir2 balik kalau setiap hari ketinggian kita bertambah, taleh kira lah kita ni dah berapa kaki. 

I learnt from my religion to be grateful on everything you got. Tak semestinya kalau kita tinggi,kita akan lebih cantik dan anggun. Tapi aku tak nafikan orang2 yang tinggi ni memang nampak elegan. Contohnya dia ni. . .

 Taylor swift. Guess what is her height? 178 yaww!!
*if i wasn't mistaken*

Miley Cyrus pon paras leher dia je tau. Aku tak tahu la kalau time ni Taylor swift pakai heels lebih inch dari Miley Cyrus. Tapi yang aku pasti TS memang lagi tinggi dari MC. Tak silap aku dorang ni bff.


Enough with Taylor Swift. Now,kita sambung pada topik kita. Orang2 pendek pon boleh nampak tinggi. Contohnya,pakai lah heels yang 5-6 inch tu. Kalau tahan sakit belakang, cubalah. Aku dah try pakai wedges. So far.so good. Takde sakit2 belakang lagi. Tapi aku seram tengok heel yang 5-6 inch tu weh. Aku nak tanya kat orang2 yang selalu pakai mende alah ni. Cemana lah korang nak melangkah? Boleh jalan lelaju tak? That's why aku kagum artis2 yang pakai heel semasa menari. Dorang lompat sana sini still tak patah heel tu. Kalau aku lah,belom lompat dah patah. Huhu..

Aku memang suka melalut tak tentu pasal. Aku rasa macam dah lari tajuk je. (tampar pipi doploh kali) Ok,lau tak caye pendek tu comel. Cer tengok orang2 yg tingginya sekitar 150 ke atas. tak jumpa? takpe,takpe.. Contoh paling senang ialah. . .

 
Hayley william. Pendek pendek pon fashionista tau. Aku baru google tadi, tinggi dia 156cm.
Comel la dia weh. Suka tengok dia.

Nikita Willy. Kenal? Pelakon Indonesia. Dia ni comel tapi aku tak berapa suka makeup dia yang kadang2 tu menampakkan umur dia lebih tua. Tinggi dia tak sempat nak google. Sebenarnya malas. Tapi,based on my observation kalau dia berlakon citer apa2 je lah mesti dia nampak pendek. Kalau aku salah statement,mari betulkan.

So,that's it. Tu la yag aku nak simpulkan hari ni. Aku tahu kesimpulan aku ni cam tahpapejeh. Tapi,aku harap korang paham. Aku sendiri pon tinggi hanyalah 154 dan aku bersyukur dengan ketinggian aku yang seadanya ini. Tapi,aku takdelah nak cakap aku comel sebab tinggi aku around 150 above. Fahami aku. Betol weh,aku tak perahsantan,aku takde niat nak cakap aku comel ke apa. Hehe. Konklusinya, everyone is beautiful in their on way. It's not necessary to make such a stupid surgery to increase your height. You are beautiful in your own way. Trust me,that's a price a beauty~(tetibe tringat lagu selna gomez ni)


Thanks for reading this entry!





Friday, September 23, 2011

Six easy ways to earn EVEN AFTER DEATH

Assalamualaikum
This information might be very useful for us as muslim. Maybe some of you have read it. But it doesn't matter,right? I just wanna share it.

Six easy ways to earn even after death

1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain. 

2)  Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain. 

3)  Participate in building a Masjid. 

4)  Place water cooler in a public place. 

5)  Plant a tree. U gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it. 

6) And the easiest of all, Sharing this message with people. Even if 1 applies any of the  above,u gain.
Actually,there are many other ways. For example, donate telekung or sejadah to a masjid. Each time people use it,u gain. Very easy,right? :)
 
 Thank you for reading this entry!

Tuesday, September 13, 2011

Good luck for UPSR candidate. (dedicate to my beloved adek)

Assalamualaikum
Seperti yang anda sedia maklum (yang tak maklum pon aku nak maklumkan jugak) hari ni bermulalah perjuangan bagi budak2 yang baru mengenal erti peperiksaan penting. Siapa lagi? Students darjah 6 lah kan. Dorang kan takde exprience lagi . So,mesti ada yang terketar2 masa nak masuk dewan. Almost all of them must be super nervous that they can't describe. Ke ada yang suka hati girang riang gembira? Yela,tak pernah amek exam penting sebelum ni kan. Aku dulu sebelum masuk dewan dah tak terkira berapa kali aku keluar masuk toilet wei.

Aku rajin update hari ni pon sebab nak cerita sikit pasal adek aku sorang ni. Korang tau kan yang aku ada sorang adek darjah 6? So,seperti students darjah 6 yang lain adek aku amek exam gak hari ni. Tak silap aku hari ni paper BM ngan Math paper2 kot. Well, so far aku tengok dia masih nampak ceria seperti biasa.
  Ni lah adek aku yang darjah 6 tu. Act,aku nak letak gambar aku ngan dia baru lah nampak cam aku  ni memang kakak yang prihatin DAN selaku guru-yang-tidak-bertauliah dia. 
#Ayin,aku harap kau faham lah apa yang aku ajar kau selama ni. Aku ni pon takde lah reti sangat nak ajar orang.


So, 2 days left then u will fell the freedom, my dear. Hope things will go on smoothly. Aku harap kau boleh kalahkan aku. Aku dulu pon tak dapat straight A tahu? Jadi,boleh tak kau tolong dapat kan straight A untuk aku? Sebagai wakil keluarga kita. Beat Illya and Ejal as well! Muahahaha. For both of you,wish you good luck too. ?(Mereka kazen aku dan sebaya ngan Ayin)

Rasanya itu je kot. . . Eh, tapi kenapa macam ada yang kurang eh kat entry ni? 
Oh yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
















  
    Sebagai pembakar semangat. . .
Hehe..

Thank you for reading this entry!


Thursday, September 1, 2011

Congrats Ayiesh Cayangg!!

Assalamualaikum
Selamat hari kedua semua. Aku bukan nak citer pasal raya sangat pon . Aku nak habaq mai kat angpa semua yanag tahun ni adek aku puasa penuh. Serious weh,takde 'tuang' langsung. Pernah la dia dok merayu2 kat mak aku nak ponteng. Katanya 'hari ni' je. Tapi bila dah hari2 dia mintak tak ke bukan 'hari ni' lagi namanya kan? So,mama aku tahun ni strict sikit la. Tak kasi chance langsung kat dak ayiesh tu. Yela, bila diberi muka nanti lelebih lak. Actually,  tahun lepas pon adek aku puase tapi aku tak bape nak bangga sangat lah pasal dia puasa half-day je. Budak baru nak mula puasa kena pelan2 nak train dia.
 
Memandangkan dia berpuasa penuh dengan jayanya tahun ni so, banyak lah demand dia kat abah. Nk itu lah,ini lah. Mana satu yang abah nak belikan pon aku tak tau la. Tapi dia ni mintak yang pelik2 sikit la. Kenkadang dia mintak nak air slurpee la. Bukan mintak belanja kat restoran yang mewah2 tu. Dia just mintak air slurpee 7-11 tu je. Oh ya, dia selalu gak mintak bende ni bial nak buka. Pening abah aku nak layan. 
 
 Ni gambar raya dua tahun lepas kot kalau tak silap aku. Gambar raya tahun ni lom ada lagi. kenapa? Scroll bawah lau nak tahu..
 
 
 
 
                                      = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
 
Senanya bende ni takde kene mengena pon dengan tajuk entry di atas. Saja nak share ngan korang. Atuk and nenek aku yang merupakan orang kuat raya kami pergi menunaikan umarah tahun ni. So, raya pertama like nothing! Serious weh aku rasa cam tak raya. Bezanya cuma boleh makan ketupat, rendang, etc. Jalan raya rumah jiran sebelah pon tak tau. Sedih weh,tak prnah rasanya aku cenggini. Begitu hening suasana dalm rumah pagi syawal tahun ini. 
 
 Sebelum terlupa, aku nak kasi tahu korang gak yang anak dara mereka satu-satunya juga ikut mereka menunaikan umrah. Ketiga-tiga mereka ni laha yang selalunya kecohkan suasana yang hening. Bila dorang takde,maka heninglah suasana. (Argh,bossannya ayat aku tapi takleh chalenge bosan aku kat kampung ni).
 
Raya keempat nanti baru mereka pulang ke tanah air tercinta ni. So thats mean BESOK! I'm waiting for them. Tapi,benda paling aku tak suka masak. Aku tak tahu kenapa. Aku suka makan je. Makan lagi best! tapi gemuk memang tak best. :'(
 
Me and moksu. Ni gambar raya tahun lepas. FYI, yang aku dukung tu buakn anak dia. Dah kata tadi moksu aku belum berpunya. So,sape2 yang tengah single tu... hehe! Oh,lupa! Ni anak Pn. Raziha. Kakak moksu aku, dia anak second last. Korang2,cuba terbalikkan nama Raziha tu jadi apa? Ada ke patut dia kata ku copycat dia???
 
So,thats all i think. Ada free time nanti aku update lagi. Tapi kan satu je aku pikir bila suasana raya tahun ni macam ni. Asal la aku tak SPM tahun ni? Boleh focus lebih study bila tak raya mana-mana. (Bajet cam dah redi je aku kan?)
Thanks for reading this entry!

 









Monday, August 22, 2011

Persepsi aku mengenai style rambut Kim Hyun Joong

Assalamualaikum
Hai kawan ku yang super duper awesome! It's been long time we haven't each other,right? Aku pon rindu kat korang. Korang jangan la terasa hati pulak ye. Aku ni takde la ramai mana follower tapi aku tak nak jadi orang berdosa kalau2 ada yang tersinggung dengan sikap malas aku yang extreme gila ni. Like I told you, I'm a lazy girl. Aku cukup malas. Update blog bila ada mood, and mood aku pulak susah betul nak datang tau! Sebab tu la dalam sebulan entry aku boleh dibilang dengan sekali pandang je. Maybe dalam 2-3 je kot. tak pon, takde langsung! Wawawa..

Ok, rasanya cukup2 lah dengan mukadimah kat atas tu. Hari ni aku rasa aku nak cakap pasal buah hati aku ni. Nak kenal tak?  Ish, hazira ni! Lempang mau? Aku je yang syok sendiri dia pakwe aku. Kononnya lah. Aku suka dia sebab rupa je. Kwang ajar tol. This guy come from Korea. So,jangan tipu lah korang minat artis korea bukan sebab rupa,right? Tak pon, 50% daripada faktor korang suka artis korea tu mesti sebab rupa walaupon korang kata "Eh,mana ada aku minat sebab bakat la".

Mamat korea yang aku nak cakap ni Kim hyun Joong. Aku pon tak tahu asal semua mamat korea aku minat mesti dari Kim's family. Pelik3. Tapi, ada aku kesah? Hahaha! Kim Hyun Joong ni hensem tau ,weh. Tapi kadang2 boleh jadi tak berapa nak hensem bila fesyen rambut dia buat camni...


Too short la Kim Hyun Joong. I really dont like it. Hey,don't get me wrong,ok? I just don't like it not hate it.

Bagi korang camne? Pendek memang nampak kemas tapi entahlah kenapa aku taleh terima dia wat fesyen sebegitu rupa. Bagi aku dia hensem je wat rambut camana2 pon lah asalkan bukan yang kat atas tu. Style rambut panjang rasanya yang sesuai dengan jiwa dia. Sebab bila aku tengok dia rambut panjang takde lah nampak pelik sangat. tak caya? Cer tengok ni...
 
 Doesn't look that bad,right? Walaupon time ni zaman dia muda2 dulu. Tapi tak bermakna dia dah tua sekarang. Artis korea ni selalunya debut masa umur sebabya aku. So,maybe time ni umur dia  belasan tahun la kot. Sekarang ni dah 20-an. Now, faham kan apa maksud aku? Kalau tak paham, tak dapek den nak nolong.
 
 Paling suka fesyen rambut dia yang cenggini. Saya suka, saya suka! Suka gila, suka gila!
Fesyen rambut ni macam dalam drama 'Playful Kiss' tu kan? That's why even untill now I'm still watching that drama. Berapa kali dah aku repeat? Tak hengat lah.

I think that's all I wanna to say about his hair style. Well, this is my opinion. How about yours? Share with me. Sharing is caring, aite?


Thanks for reading this entry!
 






 


Friday, August 12, 2011

Aishiteru by Zivillia

Assalamualaikum
Hello mellow! Harini tak tau nak cakap ape sbnarnya tapi TERasa nak update blog. So,apa yang terlintas di fikiran ni aku 'lintaskan' balik kat blog. (tau,ayat tak btol!) 

Pernah dengar tak band indonesia Zivillia? Aku tak sure la cani ke ejaan dia. Lemme know if I were wrong. So,inilah yang terlintas di fikiran aku sekarang ni sebab dari tadi aku dok melalak, memekik, melolong lagu ni tadi. Huhu! Aku sebenarnya tak da la kenal sangat ngan band ni. Just cecantu je. Tapi lagu 'Aishiteru' tu menarik minatku. Aku suka rhytym dia. Laju dia macam tak laju sangat. Hah? Aku sendiri tak paham apa yang aku taip tu. Korang buat2 paham je la yea?

Jap,jom layan lagu dia dulu. Yang aku kata 'laju dia macam tak laju sangat' tu..

Saya tak sehebat anda, maka saya tak reti la nak post video nya yg super hd tu kat sini.
Kalau nak layang lagu ni,klink link yang tersedia ada dia tas tu..

Pas korang tengok,mesti korang akan fikir "eh,bukan lagu ni dah lama ke?" Yes, memang dah lama pon. Aku je yang ketinggalan zaman. Tak,sebenarnya aku tau lama dah lagu ni. Tapi aku tak minat waktu orang tengah kemaruk lagu ni. Aku selalu cantu oh. Time orang tengah minat,aku wat dek je. Dulu lagu tu jadi siulan ramai penghuni kelas aku,tapi ianya menjadi siulan aku sorang dalam kelas. Wawawa... Takpe la, janji aku tau kewujudan lagu tersebut.

Rasanya tu je lah kot yang terlintas dalam fikiran aku sekarang. Yang lain2 aku share time jari ni tengah rajin menaip. Sekarang pon tengah rajin, tapi ketandusan idea la. Ade je sebenarnya benda nak cerita tapi kang aku merepek2 korang lak yang tak larat nak layan. (Cakap macam ada ramai follower je! Perasan sebentar,tidak mengapa bukan?)

p/s : sekarang aku tengah kemaruk lagu Pokok. 

Thanks for reading this entry! 
 



Wednesday, August 10, 2011

Insan yang bernama Kong Siew Geok

Assalamualaikum.

Hey my friend! Dah LAMA sangat tak update blog kan? Harini tetibe je rasa rajin nak update. Yela,korang semua pasti sudah maklum dengan sikap malasku ini. Harini ingat tak nak cakap banyak. Just wanna share a few about my favourite teacher, Mrs. Kong Siew Geok. Repeat,FAVOURITE teacher! (nape capital-kan favourite tu?)

Aku capital-kan 'FAVOURITE' tu sebab cikgu tu best sangat! Sesangat! Tersangat! Amat sangat! Hm,apa lagi 'sangat'? Cara dia ajar very effective. Nak kata homework dia kasi banyak pon tak jugak tau. Cikgu tak pernah kasi homework bebanyak. Itulah yang menghairankan aku selama dia mengajar. Tapi setelah 'dikaji' rupanya beliau menggunakan prinsip ini.. "Homework sikit tapi cepat paham." Cuba angkat tangat sape yang tak suke prinsip ni? Ok,yang angkat tangan tu memang pelik. Maybe anda seorang student yang rajin lagi cemerlang!

Apa lagi best pasal cikgu ni? Dia baik (of coz!), comel, menghormati agama kami iaitu Islam. Bila azan berkumandang, beliau akan stop sekejap bg mnghormati laungan azan tersebut. Oh ya! Lupa sesuatu yang sangat penting, Beliau tak pernah marah. No matter how naughty her students are. Serious i told you. Kalau ada students yang tak siap homework dia akan kata "please finish your work, i" ll give you time to do your in class." Tapi,takde sorang pon yang lawan teacher tau! Bila mintak hantar buku,kitorang hantar. Tapi,adalah certain2 kaum adam yang agak nakla dan malas sedikit. But,dorang tetap hantar pas tu. Hebat,bukan? Anda hanya disuruh hantar buku dengan nada yang lembut then pelajar2 anda mematuhinya. Really adore cikgu yang camni! Tegas, tak garang.


Oh ya! Hmpir terlupa untuk inform korang semua. Beliau ajar subjek Mathematics dan Chemistry. For my class, she teach math only. So far,beliau ajar math sangat bagus macam yang aku cakap tadi. Chemistry.. aku tak tahu pulak. Tapi respon yang aku terima sangat baik setelah temuramah dengan ex-student chemistry beliau. Tk yah interview pon aku tau mesti best punya! Semua formula2 yang dia kasi masih segar bugar di ingatan. Cikgu yang ganti Mrs. Kong ialah Pn. Mastura. Well, aku takkan cakp apa2 selagi belum genap sebulan aku belajar ngan dia. Bila Cikgu Mastura yang ajar, aku rasa macam Mrs. Kong je yang tengah ajar aku time tu. Maybe sebab cara beliau mengajar memberi kesan yang mendalam kpd aku shingga menusuk kalbu kot!

29 Julai 2011 hari yang takkan aku lupakan. I will keep that sweet moments in my mind forever. The moments which I'm the first one was crying. Dorang yang tak nagis tu,mmg tabah hatinya. Aku ni jiwa sensitif sikit. Ceh,ngaku pon kau eh. But seriously,i dont like 'jiwang'. Eh,jap aku rasa aku dah melalut ni. Ok,berbalik pada tajuk.. tanggal 29 julai yanga aku cakap tu adalah Hari Persaraan Cikgu Kong Siew Geok'. Wwawawa. Tu sebab yang aku dok nangis2 tu. Now,everything's clear right? Aku rasa down gila bila tau cikgu kong nak bersara. Waktu tu bulan Mac. So,time tu tak sedih sangat la sebab LAMA lagi kan?? 4bulan lagi. Tapi time tu ada lah gak lahir rasa sedih di lubuk hati ini. Teacher pon relax je time tu. And so do I.

Now, she gone in Smk bandar baru bangi. Tiada lagi suaranya mendayu2 tu bergema dalam kelasku.(kata mendayu,boleh bergema ke?) Ah,tak kisahlah! The most Important thing is 'I LOVE YOU, Mrs.Kong' Rasa nak cakap je camni waktu salam n peluk dia haritu. Tpi,sebak di dada mendahului keinginan untuk bersuara. So, what can I do? Pasrah je la. 


*Entry kali ni takde piture la. Pn. Kong comel sangat,tu yang sayang nak letak tu. Hahaha!


                         "Wo Ai Ni"


Thank for reading this entry!














 




Sunday, July 10, 2011

Percutian yang tidak dirancang

Assalamualaikum
Hey guys! Arini ingat nak cite sikit je. Haritu,balik kampung sebab atok sakit masuk hospital. Terpaksa amek cuti hari jumaat tu sebab nak balik kampung pagi tu. Tapi.... Abah tak jemput kitorang pagi tu. Dah terpacak matahari atas kepala baru dengar deruan enjin kat luar. Nasib baik dah siap tinggal nak angkat beg masuk but. What a waste! Kan dh miss p/p. Tpi,takpe.... amal kan ada. Dia pandai,boleh ajar zira. Haha! 

Tk snap pon gamba sebelum berangkat sebabnya tak da mood. Ok,dah sampai kampung,salam atok,nenek,makcik,pakcik,saudara,saudari and semua yang ada masa tu. Sampai kucing depan pintu pon zira bagi salam.<--- yang ni tipu! Masa tu zira pakai shwal. Semua tegur. Macam zira sorang lah kat dunia yang pakai shawl. Dorang kata "Wah,anak dara betul ni!" Amboi,selama ni pakai bawal tak nampak anak dara ke? 

Dah malam tu,moksu comot pon sampai. Chit chat sampai tak sedar dia dah masuk dapur. Tambah2,zira tengah mencekik durian time tu. Tetiba datang sore dari belakang "Makan tak ajak ea?" Aww..moksu dah sampai.Then,makanlah durian sesame. Patu,pasang telinga orang tua bercakap. Ala,tak banyak sikit je. Hik3! Dengar2 dorang nak kena pergi kursus haji besok. Moksu pon wat umrah taun ni ikut atok and nenek.Kursus tu start kul 8 pagi.Moksu zira pikir2 balik. Dia kata "Mana sempat dari sini ke sana kul lapan nak terpacak depan dewan tu,bah." Moksu pon call Pak din (uncle zira,abg moksu) suruh carikan tempat kat melaka. 

Zira memang tak da mood betul sabtu ahad tu. Entah la kenapa dengan aku ni? Dorang plan nak holiday pon zira anguk2 tanda mengiyakan apa yang dorang discuss tadi. Padahal,sepatah pon tak masuk kepala. Packing2 barang,make-up2 (bedak je!), start enjin,pecut! Sampai kat satu hotel ni. Yela,dah nama pon tak dirancang dapatlah tempat2 yang sangat asing. Hotel tu tak pernah dengar namanya. Tapi masuk boleh tahan la. Bilik cantik tapi sempit. Cuba bayangkan muat ke 4 family untuk 2 bilik yang "besar"  kata dak yang kaunter tu. Ingatkan besar lah sangat sebab cara dia cakap cam confident je. Tengok2,takdelah besar mana bang oii. Taleh jadi ni. Kena carik hotel lain. Riak muka abah zira menunujukkan kata hati seperti itu. Tapi dia tak pulak cakap. Maka,mesyuarat agong pon bermula. Zira memula join lah patu mintak diri kuar dari sesi perbincangan tersebut. 

Dah lama tu,dapat gak lah tempat untuk bermalam. U know where is it? Here!!


Taara! Ini dia A'famosa resort! Tak nampak pon cam A'famosa? Ntah tang mana yang jd symbol dia pon zira tak tau. Pakai copy paste dari moksu punya album je nih. Dh kata nak update lelaju kan? Ala,tak da apa yang menarik malam tu. Ynag menarik hanyalah katil dan bantal. Bila zira dah jumpa kedua-dua nya, zira masuk dreamland. Tu je la yang zira ingat. Teruk,bukan? 

Awal2 pagi tu,nenek,atok and moksu dah redi nak gi tempat kursus uh. Zira baru keluar dari dreamland. Well,pagi juga sama macam malam. Rasa nak tidur je. Bosan! siryes bosan! Tak tau nak buat apa. Nak kuar jenjalan tak tau nak gi mana. So,duk kat bilik je la. Disebabkan takde apa yang menarik... kita skip jela cite otw nak balik.

Nak balik dah time tu. Thats mean kena salam semua. What's funny is dah nak salm dah ni patu tetibe sorang ajk mesyuarat agung member opinionnya.."Apa kat kita gi makan kat kedai makn yang bawah pokok tu?" Semua pandang,and berbalas pandangan. Zira berbalas pandang dengan Cik Mut je time. Sebab tak tahan la nak mendongak. Pnas. Dorang lak pegi discuss kat bawah matahari yang panas terik tu. 

Setibanya di kedai makan itu......

Sesi photoshoot pon bermula.... Let the pictures tells you the story!


Sekarang cuba cakap dengan zira? Besar tak portion dia? Sensorang memang sampai besok tak habes.



Sebelum makn nasik tadi,kami makan aiskrim dulu. Tak tahanla,dah lapar sangat ni. Ziera bau Aiskrim je. Tak makn pon. Sebab bila bukak je plastik aiskrim tu,seolah2 ada perkataan "unavailable". Muka hampa tapi terpaksa senyum masa nak snap pic ni. Dak Alya ni suke la tu tunjuk2 aiskrim depan aku?


Yela,kak.. Kau tak nak pon pandang kamera fon cabuk aku ni..Huhu. (Apsal emo semacam ni?)


Di mana Ayin, di situ jualah elly berada. Tk boleh berpisah. Macam kembar siam cuma tak nampak tang mana yang melekat tu. Dorang ni pon sama. Saja la tu nak tunjuk2 aiskrim depan aku!



Muka happy! Yang ni natural punya tak buat2 pon. Keceriaan yang terpancar di wajahku itu memang asli. Wow, seronoknya! pasni tinggal sambar je makanan depan mata tu. 


Oh ya! sebelum nak cite abah ada belanja ole2 untuk kitorang empat beradik.



Haha! Mcam budak kecik je dak kecik je nak menda 'toing2' kat pensel. Zira tak tau nama dia apa. Pnggil je 'Toing2'. Btw,sapa punya paling comel? Ngeehe...


My melody! Tetibe teringat kat dia. So,selit la gambar dia kat entry ni. Ok,that's all. Tu je kot yang dicerita pada kali ni. Next time,zira update lg!



Thank you for reading this entry!















Friday, July 8, 2011

Ulat novel

Assalamualaikum.
Hai korang! How are you? I hope u guys just fine. Okay,jujur zira rindu sgt kat blog. Tpi bila nak update mesti ada je halangan. Tu lah kan, bila kita sayang someone/something tu mesti ada je halangan nak berbahagia dengan dia. Huhu. Macam ziera ngan blog ni la. Tapi zira masih larat lagi nak jaga awak,wahai blog. Teehee.

Entry kali ni nak cakap pasal novel. Korang suka baca novel tak? Zira baru nak bermanja-manja ngan novel ni. Ingatkan dulu baca novel bosan sebab takut tengok buku tetebal ni. Yela,sama macam buku2 teks sekolah. Buku teks sekolah tade la tebal sangat tapi rasa payah je nak baca semua. Zira biasanya tak pernah baca sampai habis buku teks. Kalau perlu,baru bukak. Teruk betol aku ni. Kena berubah ni. (Eh,aku rasa macam dah melalut tah ke mana ni?) Ok,tah pape la zira ni. Tadi kata nak cerita pasal novel, ni cerita psal buku teks lak kan. Berbalik pada novel,novel pertama zira pernah baca dan hayati dengan penuh perasaan berjudul "Dunia jam 10". Best gak la. Dia banyak kasi nasihat. Novel ni keluaran PTS. Nati try la baca. Hee.



Ni cover depan dia. Cite dye ... aduh,tak menang tangan la kalau nak cite kat sini. Kenalah baca baru la tau. Hehe.

Biasanya kalau keluaran PTS ni zira tertarik dgn cover depan dia kot. Nmpak comel dan menarik. Content dia banyak mengandungi nasihat. Jalan cerita just ok. Tade la gempak. Tapi nak kata bossan tu memang takleh sebab tak bosan! Hahaha.


Ok, novel kedua pulak berjudul 'Ombak rindu". Awww.. extremely best i told you. Tak caya? Try la baca. Nati mesti nak baca lagi walaupon novel uh tebal. Zira pon heran ngan diri sendiri. Mula2 baca pon rasa nak habiskan terus hari tu gak. Best gila!! Ziera yang malas membaca ni pon jadi 'rajin' membaca. Heleh,baca kemain lagi kau an? Cube try baca buku2 ilmiah sampai 3-4 pagi? Kau yang buat buku kan. Buku peta lak tu. Kau 'lukis' satu bumi kat atas buku kau tu. Cantu la zira. Kena berubah lah zira ni. Pemalas memang tanak kalah. Zira selitkan sikit sinopsis dia kat bawah ni.


Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Copy & paste je tu. Sebab tu tulisan jadi kaler oren. Baca sinopsis pon rasa dah gempak. Novel ni kawan ziera yang promote. Pernah kenal tak kawan ziera, Nasha Emieza? Rasanya ziera pernha kenalkan kat korang. Dia ni memeng gila novel. Semua novel yang dia cerita,dia cerita kan balik kat ziera. Dia kata novel ni paling best dalam bebanyak novel yang dia pernah baca. Seperti biasa, zira yang memenag tak suka membaca ni akan cakap, " yeke best ni? kalau zira baca tak best cane?" . Yela,dengar tajuk pon cam jiwang habis. Ziera tak minat jiwang. Smpai la satu hari tu zira nampak kawan ziera baca novel. Tengok lah novel apa. Rupanya 'Ombak Rindu'. Entah nape tetiba lak nak baca. Patu pinjam lah dia punya. Sekarang ni ziera lom abes baca lagi. Haish,kepoh je kau ni. Novel pon lom abis baca nak promote kat orang. Cakap cam dah khatam lak novel tu. Kalau tak silap ziera, novel ni kuar tahun 2002 kot. Yeke? Eh,entahla. Pedulik apa. Janji best!


Ni dia cover depannye. Ziera nak tanya ni. kalu korang perhatikan bebetul, siapa lah kornag rasa hero and heroin yang sweet tu? Ada nampak cam iras2 artis kita tak? Cube tengok bebetul. Zoom dekat2. Nati mesti tau. Toksah la berteka-teki. Bagi ziera, hero-heroin tu macam Aaron Aziz and Maya Karin. Memang pon! 

Ombak rindu nak diadaptasi kepada filem. Eksaited gila! Nak tengok nak tengok nak tengok.(wat muka geik+annoying) Can't wait la. Tengok trailer pon rasa best. Tapi lam filem Izzah pakai tudung. Kat novel Izzah free-hair je. Director nak wat kelainan sikit kot. Comel gak Maya Karin pakai tudung. Sweet je nampak. Bila la nak kuar kat pawagam? Trailer dah ada. Movie je tak release lagi. Aku setia menanti. Harap gempak seperti yang dicerita dalam novel. hik3!

p/s : Orang nak test baca buku ilmiah. Ziera nak test baca novel. Memang 'bagus' sangat lah     kan? 

Thanks for reading this entry!





Saturday, June 11, 2011

Who is perfect in this world?

Assalammualaikum
Hey guys! How you doing? I bet it's 'extremely great' bcuz school holiday is almost over. Haha.  Ok,lets speak malay lah senang kan? Well,zira tau zira ni BI tadelah hebat bebenau cam korang pon. Entry kali ni zira nak cakap pasal apa yang terbuku di hati setelah sebulan tersimpan. Lama dah nak buat tapi rasa cam bersalah pulak. But,what i care? This is my blog right? So,suke hati I la nak tulis apa pon. Lagipon zira dah label blog ni sebagai tempat untuk lepas geram but zira tadelah nak kutuk orang yang zira tak puas hati ni abis-abisan. And for sure zira tak kan dedahkan identitinya. Sendiri mau ingat la ye. Eh,sape perasan zira tak seceria seperti biasa? Memang tak ceria pon. Entry ni agak sensitif sikit. Pernah tak korang dihina? I mean,takla dihina tapi teguran dorang tu agak kurang menyenangkan korang. Rasa hati tu dihiris-hiris lah. Ceh,tak nak kalah kan ayat zira ni? For those yang pernah tu anda tidak keseorangan. Saya juga pernah melalui that moments. 

Sedihnya bila orang cakap ....

1- Eh,gemuk dah budak ni/ Dah berisi kau eh/ atau yang seangkatan dengannya

Who in the world tak terasa bila orang cakap dia camni? Raise your hand please? Hee. Maybe ada lah yang tak terasa tu kan. Kalau tak banyak,sikit pon mesti ada kan.Contohnye, "lah,dah gemuk ke aku ni? ish." terdetus lah ayat-ayat seperti itu di hati kalian. May be lah kan. I'm just guess. Tapi kalau orang yang macam zira ni terasa tau. Entah la kenapa. Rasa macam yelah weh aku gemuk kau tu kurus macam model. Ekceli,zira tak berapa nak terasa sangat lah kalau sekali-sekala ditegur tapi kalau frequently i am really can't stand with it. I know ada setengah orang bila baca ni mesti dia fikir hek eleh,tegur sikit pon nak amek port ke?  Yes,saya memang amek port pon sebab saya ni agak sensitif orangnya. Tkdelah,kalau ye pon nak tegur oarang tu tegur dengan ayat-ayat yang boleh diterima baik oleh telinga sensitif zira ni la ye. Ada orang pulak mula2 tegur cara dia berhemah patu bila dah panjang berjeler dia punya teguran maka masuklah ayat2 yang kurang suka didengari atau lebih tepat lagi orang selalu panggil 'ayat pedas'. Pada those yang terasa tu, zira sama sekali takde maksud nak buat korang terasa. Zira tak berani nak tegur depan2 so i think this is the way to let you know that i am hurt. Untungla pada mereka yang kurus seperti modeltu. Zira sebenarnya tak nak pon body cam model tu. Tidakkah mereka terlalu kurus?


Malas tol nak fikir orang cakap apa.(tutup telinga) Baik aku tidur lagi bagus walaupon aku tau yang tidur boleh menyumbang kegemukan aku. tapi,ada aku kesah?
*Alangkah girangnya hatiku kalau aku berperasaan seperti itu juga. But unfortunately,NO!



2- Dia tu takde lah cun mana/ atau yang seangkatan dgnnya

Zira tau la zira tak cun cam korang kan. Tapi,kenapa perlu judge saya camtu? Kalau zira, sekalipun tak suka dengan someone yang suka beranggapan dirinya paling cantik di dunia i wont say such cruel things to them. (Wahh,cruel tuuu) Kejam lah jugak dok hina2 orang ni kan. Pada zira, zira dah bersyukur dengan kecantikan yang Allah kurniakan kat zira ni. Takde orang kat dunia ni Allah jadikan dia tak cantik. Sume ciptaan-Nya indah-indah belaka cume diri kita yang menilai samada ciptaan-Nya itu cantik atau tidak. (Except benda2 yang menjadi kemurkaan Allah seperti anjing). Kadang2 tu heran gak asal ada orang sampai nak buat plastic surgery bagai padahal dia dah cun pon mengalahkan sang ratu. Itu urusan dia dengan tuhan. Tapi sebagai saudaranya zira perlu tegur. U should too! Untung lah kan bagi mereka yang cantik lagi shweet tu. Yang tak pernah dikomen sepertimana aku dikomen.


Lisa surihani! Sweet lah u ni. Dari u mula berlakon I'm not single i dah minat kat u tau!


3- Awak ni sebenarnya takde lah pandai sangat saya tengok/  atau yang seangkatan dgnnya

Hamboi! Yes, i know who i am. I am not smart as you are. But when you did wrong, did i say that kind of things? Ya know,like Eh,soklan senang pon taleh buat? duhhh! Tade kan weh? Terguris hatiku bila kau berbicara seperti itu kepadaku. Wuwuwuwu. Zira senyap je. As I said,Zira tak berani nak tegur depan2. Pedih tau bila orang cakap "Betol ke ni awak dapat straight A pmr?" Rasanya mcm kena sengat tebuan tapi lagi pedih tau. Macam bodoh sangat je kan zira ni sampai orang tak caya yang zira boleh dapat great achievement macam tu. Awak pon terror apa walaupon tak dapat straight A. I said this to her when she shy to tell me what she got. C'mon lah weh. You dont have to bother yourself to think how can I get straight but I got failed in physics. Zira kenal diri zira. FYI,orang yang kite ni lembab sikit. Nanti dah lama2 stable lah tu. Jangan risau ye. Toksah heran2 lah dgn aku eh. Tambah beban di kepala saje. Suke ke tambah2 beban tu? Untung lah mereka yang otaknya geliga sepanjang masa. Even baru belajar benda baru dah boleh tangkap dgn cepat. I'm so proud of these people. Hope I would be like them one day. Doakan saya ye kawan2.


Sedih la awak cakap cantu kat saya. Nak nangis lah cani. 
Btw,cute an dak ni? Sebab utama amek ini pic kerana bajunya yang tiut tu. Pasan tak ada Hello Kitty?


I'm so sorry kalau ada pihak yang terasa sangat dengan apa yang zira cakap ni. Klau awak terasa ingatlah say terasa dulu daripada awak. And sekiranya ada yang saya cakap ni tak betol,tolong tegur ye. Kadang2 saya ni kuat merepek gak bila dah emo. Sorry guys.

Oh ye,sume gambar di atas diculik dari google.



Thank you for reading this entry!