BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 15, 2012

Childhood cartoon

Assalamualaikum.

Masa kecik-kecik dulu, aku sangat suka tengok kartun. Kemain every weekend bangun awal kan semata-mata nak tengok kartun. Kalau kartun takde pepagi takde maknanya aku tercongak depan TV. Disebabkan adik perempuan aku, Ayin tu anak bongsu ketika itu maka aku ditemani oleh kak long yang sangat sporting. Anak bongsu kan selalu nak berkepit dengan mama je. I used to be like that too.

Ok, biar aku ingat balik eh..
Kartun yang biasa dimainkan setiap pagi sabtu dan ahad biasanya Pingu, Sailormoon, Totally Spies, Dragon Ball, dan banyak lagi. Kalau nak list kan semua tak larat lah aku wei. And definitely aku akan tengok semua rancangan kartun tersebut. Lebih tepat lagi, aku akan duduk depan TV sampai semua rancangan kartun habis. So, boleh imagine berapa banyak masa yang aku consume untuk tengok kartun sahaja. Dari dulu sampai sekarang perngai aku tak berubah. Kalau dulu kartun, sekarang drama. Kalau dulu dok depan TV berjam-jam, sekarang dok depan laptop berjam-jam. Hehe.


Still remember this? Omey kan Pingu ni..

Kite paling shukeww tengok kartun ni...



Dulu, kite selalu berangan nak jadi macam dorang. Dorang ni cantik,tinggi and most important is dorang kurus! Most favourite part bila dorang nak transform hehe. Pusing2, tukar baju and tadaaa! 


It getting gorgeous like this! Hehe.

Kau jangan tak tahu aku ni peminat Dragon Ball meskipun ramai yang label aku ni sebagai a-girl-with-hair-clip.(it doesn't mean I did not wear hijab ok!) Akak aku ni brutal sikit orangnya dan satu-satunya kawan aku dulu adalah kak long je. Ayin tahu apa je time tu? Dia 3 tahun aku 7 tahun, kalau nak ajak main masak-masak bolehlah kot kan.

Si abah dan si mama yang sangat prihatin tentang prestasi akademik anak-anaknya akan sentiasa menasihati mereka supaya tidak lupa akan pelajaran. Dulu, kite boleh buat homework sendiri pon abah dan mama sangat teruja. "Pandai!" tu lah yang dorang akan cakap. Aku pula akan sengeh2 seperti kerang yang tak berapa nak busuk haha.

Disebabkan rumah aku takde astro, so jarang-jarang lah aku dapat tengok kartun banyak-banyak. (Yes, saya masih penggemar kartun sehingga sekarang.) And disebabkan aku selalu bangun lewat almost every weekend banyak lah cartoon show yang aku missed. And sebab tu aku mula minat drama.

So, what's your favourite cartoon?

Thursday, June 7, 2012

Mid year examination

Assalamualaikum

I know it's been a few months that i didn't update my blog. It is because of my routine as a student. Secondary school je pon tapi cakap macam student uni je. To make you guys clear,it is because of my laziness. Hahaha. Watsoeva la aku ni. Hari ni aku tak tahu tetibe pula rajin jari jemari ni. So, today I wanna talk about my mid year examination. How was it going?
                     (seperti biasa paragraph pertama memang takde point)

Aku pon sebenarnya tak tahu nak cerita sebab ianya terlalu sukar untuk aku ceritakan. Hm,sebenarnya sukar untuk aku mulakan. So, I decided to start with this...



This is a table and a book in case you this kind of thought "wow,what is this?"

Betapa tak organized nya bilik aku bilik aku during exam. Nasib baik exam 'hanya' 3 minggu. Kalau berbulan-bulan lamanya, aku tak tahu macam mana pula rupa bilik aku nanti. Akak selalu bising bilik aku sepah. And alasan yang selalu aku berikan "pas exam nanti kte kemas. hehe" Hm,teringat pula zaman PMR dulu. Asal suruh wat kerja je,mesti aku akan cakap camni "pas PMR, ira janji ira buat". 

During exam jugak, aku akan balik awal dari biasa. (Kebiasaannya aku balik kul 6 due to the extra class) Sampai rumah paling awal pun pukul 3 lebih. Balik mandi, makan, main dengan baby sampai pukul 5. Then,baru start study. Oh, ini bukan ciri-ciri pelajar cemerlang. Then, stay up untill late night, around 12am baru boleh tidur. Adalah diingatkan bahawa pelajar cemerlang tidak akan study malam sebelum exam. Bila lah aku nak berubah ni??


Bila dah malam, perut mula lah menyanyi keriangan. Nasib baik ada Duetto Masimmo ni, boleh jadi kudap-kudapan aku. My most favourite snack recently. :)

Esok paginya,aku akan baca sesikit dalam kereta otw nak ke sekolah. Recap balik apa yang aku belajar semalam. Well,what are you expecting for last minute preparations? So, tawakkal sahaja la. Ingat apa yang dah belajar sebelum ni kat kelas. Itu sebab pay attention dalam kelas sangat penting. Pesanan untuk diri sendiri juga.



I love these subjects so much. But I have to face hardship in order to be in love with them.
Subjek-subjek tersebut agak though bagi aku namun aku senang mempelajari ilmu kimia,biologi,dan fizik. 
Aku sentiasa senyum dalam makmal. Kalau tak paham pon aku senyum. Well, I'm smiling to comfort myself a bit.

To tell you the truth, aku sebenarnya dah plan macam2 benda yang berfaedah yang aku buat semasa cuti 2 minggu ni. Tapi, none of them have been done. 3 days left for back to school. Homework dah siap,ziera??? (tanda soal di-repeat sebanyak 3 kali untuk menggambarkan kecemasan)


Thanks for reading!




Sunday, December 11, 2011

I miss you,my baby Zylo

Assalamualaikum
Sunyi kan rasanya bila takda fon? Aku bukan maksudkan telefon rumah yang mempunyai bayak wayar itu. Yang aku maksudkan telefon mudah alih. Dulu,aku takda fon tau walaupun hampir semua kawan aku ada. Aku takda lah rasa sebegitu bosan, sunyi seperti yang aku cakap tadi. Keadaan sangat berbeza bila kau dah ada fon pastu hilang/rosak dengan takda fon langsung. (Aku dapat rasakan point aku belum sampai) I just wanna tell you that My baby Zylo cannot longer be used!!

Okey,ceritanya begini. . .
Aku memang suka berkepit dengan fon aku 24 jam. Means, my baby Zylo selalu berada di tangan. Kalau duduk pon,dia akan berada di riba aku. Yela,dia kan baby kenalah duduk di riba mamanya haha. Tibalah pada suatu hari yang aku ingat hinggalah ke hari ini, time nak balik kampung aku tunggu semua orang masuk dalam kereta. And yes, sekarang my baby Zylo ada di atas ribaku pada masa itu.Entah apa angin abah aku time tu dia suruh aku kunci gate. Can you imagine? Bila korang dah tak biasa dengan benda tu and dlam keadaan yang agak rushing jugak lah kan, semua benda pun boleh lupa. Aku lupa yang my baby Zylo masih di riba aku. Aku dengan tangkasnya pergi menguci gate tanpa sedari kewujudan baby zylo di riba aku sekarang. Papp! Bunyi dia jatuh. I was like....  OH NO!!! I checked out his condition, i found many scracthes!


Huhuhuhu.. i cried like a baby.

In case if you wondering how cute my baby Zylo was, here is his picture

but mine was maroon.

Walaupon zaman sekarang ini kemain canggih dengan smartphone bagai tapi aku tetap sayangkan baby Zylo. Harga repair nak dekat sama denagn harga fon baru. Aku dalam dilema samada mahu tukar dengan yang baru atau repair sahaja. Ikut hati,memang nak repair je tapi according to my mom, she prefer me to buy a new one. Hmm??

Thank you for reading this entry!




Wednesday, November 9, 2011

Belajar loghat Nogoghi 9 bersama Farhana

Assalamualaikum
Hari tu aku balik sekolah tumpang ayah Farhana. OTW balik tu, jumpa satu bangunan kilang DENSO. Ya know,bangi kan banyak kilang-kilang ni semua. Time tu pulak traffic light tengah lampu merah. Kitorang berhenti betul-betul sebelah bangunan tu. Si ayah fana (Farhana) ni pandang bangunan tu lama la gak. Aku perasan pon sebab aku dok kat belakang seat ayah dia. Then,tiba-tiba dia senyum. Pelik bercampur hairan aku time tu, aku tengok signboard 'DENSO' tu takdelah pulak yang salahnya. 

Semua pelik. Farhana pandang ayah dia kemain berkerut dahi dia. Ayah dia pon cakaplah camni lepas semua dah berkerut dahi tengok dia. Agaknya dia takut kitorang punya kening bercantum kot.
Ayah Fana : Kak(fana) ,nak tau tak orang jepun ni dia banyak pinjam bahasa kita.

*Malangnya, ayah dia menambahkan lagi kekerutan di dahi ini bila dengar dia cakap cantu.

Fana : Haa? Apsal pulak?
Ayah fana: Yela, akak tak perasan ke perkataan DENSO tu? 
                  DEN-  Kata Ganti Diri Pertama bagi Nisimlan(N9)
                  SO- selalunya orang nisimlan cakap mesti ada 'O' kat belakang dia.

Fana, aku, mak fana : Ooohhhh.. :D

Funny kan ayah dia ni? Ada je idea dia nak wat lawak. I wonder mesti hari-hari family dorang gelak terbahak-bahak,terkekek-kekek,. . .(apa lagi?) Ayah aku pendiam. Lawak dia kadang-kadang je terpancul. Mama aku best! Dia suka buat lawak spontan haha. Mama aku tak pendiam macam ayah aku. Eh,kenapa selalu macam tu eh? Kalau laki dia pendiam, mesti bini dia ni banyak cakap dan begitulah sebaliknya. Tapi jarang pulak aku jumpa laki banyak cakap. Ish,entahlah...

Since that incident, aku try la nak cakap loghat Nisimlan. Aku mintak Fana ajarkan. Dye pon okey je, aku pon lagilah okey.

Aku : Fana, loghat Nismlan ni banyak tukar vokal 'O' je kan?
Fana : Hm,betul lah tu. Asal?

Aku : Takde apa, saje nak try loghat Nisimlan ni. So. kalau bosan convert kepada loghat Nisimlan jadi  boson lah kan? Betol tak? (Hati suka hati girang sebab fikir dah betul walaupon rasa pelik tu ada dalam 0.01 % je)

Fana : Hahahahahahahaha. Bukanlah. Dia tak semestinya kena tukar 'O' kat sume vokal. Adoi..

Aku : Oh yeke?? (blushing)
 
Inilah dia budak yang bajet tahu. Pakai bedal je aku ni kan. Sekarang ni aku dah tak berani sangat nak cakap loghat Nisimlan depan org Nisimlan ni. Tak pepasal dorang gelakkan aku lagi. Huu..

Thank you for reading this entry!
 







Friday, November 4, 2011

The Smurfs is Adorable!!!

Assalamualaikum

Hey,babe! It's been long time I don't post any entry. Maafkan aku kerana tidak mampu membahagikan masa dengan baik. Actually,aku ada exam tu sebab dah lama gila aku tak update. Tapi, nak kata study hard tak jugak sebab masih ada rasa susah bila jawab soklan. Oh my,aku mesti berubah!! (Eh,apa perenggan pertama macam takde point ni?)

Hari tu aku try tengok cerita The Smurfs. Actually,aku tak expect pon nak tengok sampai habis. "Yela, The Smurfs tak cute macam HK." It's my random opinion. Aku ni main cakap je padahal ceritanya belum lagi tengok sampai habis. Makin lama aku tengok, makin comel lak The Smurfs ni. Pastu, aku rasa malas dah nak tengok tapi entah kenapa berat pulak kaki ni nak tinggalkan TV. Seolah-olah The Smurfs ni berjaya menawan aku supaya aku tidak bergerak ke mana-mana sampai la habis cerita. Sampai aku nak ke tandas pon aku sanggup tahan.

Overall, cerita The Smurfs tu biasa-biasa je. Jalan cerita dia lebih kurang macam cerita Enchanted kot. Smurfs tersebut termasuk dalam dunia masuk dek kerana ingin menyelamatkan diri dari ancaman Gargamel. Aduh, Gargamel tu siapa lak? Ending dia cane?  Sudah, banyak lak soklan kan. Apa kata korang tengok sendiri barulah best. Kalau dah tahu ending dia, rasa tak gempak la tengok. 

These adorable-blue-species-animal really caught my attention.


Meet me,Clumsy!
Aku suka watak ni. Dia lah paling clumsy and tersangat comel.


Comel sungguh mereka ni, bukan? Korang takkan nampak kecomelan mereka kalau hanya pandang sepintas lalu. Tapi,bagi yang nampak tu Tahniah diucapkan. Aku ni kesian, kan? Kena tenung lama-lama baru nampak kecomelan mereka yang sebenarnya kemain terserlah lagi tu....



p/s: Of course i still love HK. Hello Kitty is my companion, The Smurfs is my pet.

Thank you for reading is entry!



Thursday, October 6, 2011

Pendek pon comel apa?

Assalamualaikum
Pernah terfikir tak statement yang aku buat ni? Korang rasa pendek tu comel tak? Bagi aku,pendek tu comel. Ada orang dia tak suka dengan ketinggian dia. katanya "saya nak tinggi" This ever happens to me. Kadang2 tu berdiri depan cermin,belek-belek diri setiap hari mengharapkan ketinggian bertambah. Tapi.emang idak lah kan. Apa kau ingat tiap2 hari tinggi kau bertambah? Aku pon tak sure ngan statement mengarut aku ni. Tapi,bila fikir2 balik kalau setiap hari ketinggian kita bertambah, taleh kira lah kita ni dah berapa kaki. 

I learnt from my religion to be grateful on everything you got. Tak semestinya kalau kita tinggi,kita akan lebih cantik dan anggun. Tapi aku tak nafikan orang2 yang tinggi ni memang nampak elegan. Contohnya dia ni. . .

 Taylor swift. Guess what is her height? 178 yaww!!
*if i wasn't mistaken*

Miley Cyrus pon paras leher dia je tau. Aku tak tahu la kalau time ni Taylor swift pakai heels lebih inch dari Miley Cyrus. Tapi yang aku pasti TS memang lagi tinggi dari MC. Tak silap aku dorang ni bff.


Enough with Taylor Swift. Now,kita sambung pada topik kita. Orang2 pendek pon boleh nampak tinggi. Contohnya,pakai lah heels yang 5-6 inch tu. Kalau tahan sakit belakang, cubalah. Aku dah try pakai wedges. So far.so good. Takde sakit2 belakang lagi. Tapi aku seram tengok heel yang 5-6 inch tu weh. Aku nak tanya kat orang2 yang selalu pakai mende alah ni. Cemana lah korang nak melangkah? Boleh jalan lelaju tak? That's why aku kagum artis2 yang pakai heel semasa menari. Dorang lompat sana sini still tak patah heel tu. Kalau aku lah,belom lompat dah patah. Huhu..

Aku memang suka melalut tak tentu pasal. Aku rasa macam dah lari tajuk je. (tampar pipi doploh kali) Ok,lau tak caye pendek tu comel. Cer tengok orang2 yg tingginya sekitar 150 ke atas. tak jumpa? takpe,takpe.. Contoh paling senang ialah. . .

 
Hayley william. Pendek pendek pon fashionista tau. Aku baru google tadi, tinggi dia 156cm.
Comel la dia weh. Suka tengok dia.

Nikita Willy. Kenal? Pelakon Indonesia. Dia ni comel tapi aku tak berapa suka makeup dia yang kadang2 tu menampakkan umur dia lebih tua. Tinggi dia tak sempat nak google. Sebenarnya malas. Tapi,based on my observation kalau dia berlakon citer apa2 je lah mesti dia nampak pendek. Kalau aku salah statement,mari betulkan.

So,that's it. Tu la yag aku nak simpulkan hari ni. Aku tahu kesimpulan aku ni cam tahpapejeh. Tapi,aku harap korang paham. Aku sendiri pon tinggi hanyalah 154 dan aku bersyukur dengan ketinggian aku yang seadanya ini. Tapi,aku takdelah nak cakap aku comel sebab tinggi aku around 150 above. Fahami aku. Betol weh,aku tak perahsantan,aku takde niat nak cakap aku comel ke apa. Hehe. Konklusinya, everyone is beautiful in their on way. It's not necessary to make such a stupid surgery to increase your height. You are beautiful in your own way. Trust me,that's a price a beauty~(tetibe tringat lagu selna gomez ni)


Thanks for reading this entry!





Friday, September 23, 2011

Six easy ways to earn EVEN AFTER DEATH

Assalamualaikum
This information might be very useful for us as muslim. Maybe some of you have read it. But it doesn't matter,right? I just wanna share it.

Six easy ways to earn even after death

1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain. 

2)  Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain. 

3)  Participate in building a Masjid. 

4)  Place water cooler in a public place. 

5)  Plant a tree. U gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it. 

6) And the easiest of all, Sharing this message with people. Even if 1 applies any of the  above,u gain.
Actually,there are many other ways. For example, donate telekung or sejadah to a masjid. Each time people use it,u gain. Very easy,right? :)
 
 Thank you for reading this entry!