BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 15, 2012

Childhood cartoon

Assalamualaikum.

Masa kecik-kecik dulu, aku sangat suka tengok kartun. Kemain every weekend bangun awal kan semata-mata nak tengok kartun. Kalau kartun takde pepagi takde maknanya aku tercongak depan TV. Disebabkan adik perempuan aku, Ayin tu anak bongsu ketika itu maka aku ditemani oleh kak long yang sangat sporting. Anak bongsu kan selalu nak berkepit dengan mama je. I used to be like that too.

Ok, biar aku ingat balik eh..
Kartun yang biasa dimainkan setiap pagi sabtu dan ahad biasanya Pingu, Sailormoon, Totally Spies, Dragon Ball, dan banyak lagi. Kalau nak list kan semua tak larat lah aku wei. And definitely aku akan tengok semua rancangan kartun tersebut. Lebih tepat lagi, aku akan duduk depan TV sampai semua rancangan kartun habis. So, boleh imagine berapa banyak masa yang aku consume untuk tengok kartun sahaja. Dari dulu sampai sekarang perngai aku tak berubah. Kalau dulu kartun, sekarang drama. Kalau dulu dok depan TV berjam-jam, sekarang dok depan laptop berjam-jam. Hehe.


Still remember this? Omey kan Pingu ni..

Kite paling shukeww tengok kartun ni...



Dulu, kite selalu berangan nak jadi macam dorang. Dorang ni cantik,tinggi and most important is dorang kurus! Most favourite part bila dorang nak transform hehe. Pusing2, tukar baju and tadaaa! 


It getting gorgeous like this! Hehe.

Kau jangan tak tahu aku ni peminat Dragon Ball meskipun ramai yang label aku ni sebagai a-girl-with-hair-clip.(it doesn't mean I did not wear hijab ok!) Akak aku ni brutal sikit orangnya dan satu-satunya kawan aku dulu adalah kak long je. Ayin tahu apa je time tu? Dia 3 tahun aku 7 tahun, kalau nak ajak main masak-masak bolehlah kot kan.

Si abah dan si mama yang sangat prihatin tentang prestasi akademik anak-anaknya akan sentiasa menasihati mereka supaya tidak lupa akan pelajaran. Dulu, kite boleh buat homework sendiri pon abah dan mama sangat teruja. "Pandai!" tu lah yang dorang akan cakap. Aku pula akan sengeh2 seperti kerang yang tak berapa nak busuk haha.

Disebabkan rumah aku takde astro, so jarang-jarang lah aku dapat tengok kartun banyak-banyak. (Yes, saya masih penggemar kartun sehingga sekarang.) And disebabkan aku selalu bangun lewat almost every weekend banyak lah cartoon show yang aku missed. And sebab tu aku mula minat drama.

So, what's your favourite cartoon?

0 believe a miracle: